Penggunaan bone China menurut perspektif syarak / Norhidayah binti Pauzi

Pauzi, Norhidayah (2011) Penggunaan bone China menurut perspektif syarak / Norhidayah binti Pauzi. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (4Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (79Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (116Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (213Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (466Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (4Mb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (77Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (102Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (11Mb) | Preview

                    Abstract

                    Bone china adalah produk porselin yang mengandungi abu tulang (bone ash), kaolin, dan Cornish stone. Campuran ketiga-tiga bahan ini menghasilkan bone china yang amat berkualiti. Adanya abu tulang haiwan dalam produk bone china menimbulkan keraguan masyarakat Islam terhadap kehalalan penggunaannya. Produk-produk yang berasaskan haiwan sememangnya banyak menimbulkan keraguan. Hal ini kerana ia bersangkutan kepada dua perkara yang utama, iaitu jenis haiwan yang disembelih dan cara penyembelihan haiwan tersebut. Penyelidikan ini menghuraikan konsep bone china, prosesproses pembuatannya secara terperinci, dan lebih pentingnya membincangkan kaedah-kaedah syarak yang sesuai diguna pakai dalam penentuan hukum ke atas penggunaan bone china. Kajian ini juga seterusnya merumuskan hukum yang bersesuaian terhadap isu-isu penggunaan bone china berasaskan kepada prinsip-prinsip hukum syarak. Untuk mencapai objektif kajian ini, metodologi kajian yang telah digunakan hasil daripada kajian perpustakaan adalah metode dokumentasi dan metode historis. Tambahan itu juga, kajian ini menggunakan kajian lapangan iaitu metode temu bual dan metode observasi, serta analisis data menggunakan metode induktif dan metode deduktif. Hasilnya, hukum penggunaan bone china dapat dirumuskan berpandukan dua pandangan utama. Pandangan pertama, mazhab Hanafi dan mazhab Maliki mengharuskan penggunaan bone china bagi pengguna-pengguna Islam kerana mereka menerima kaedah istihalah sebagai instrumen penyucian dalam Islam. Namun demikian, menurut pandangan kedua, yakni pandangan yang didominasi oleh mazhab Syafii dan Hanbali, keduanya tidak mengharuskan penggunaan bone china. Ini kerana mereka menganggap tidak berlaku istihalah dalam penghasilan bone china.

                    Item Type: Thesis (Masters)
                    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
                    Uncontrolled Keywords: Coalport porcelain; Coalport porcelain--Religious aspects--Islam
                    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
                    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
                    Date Deposited: 15 Jun 2015 13:44
                    Last Modified: 15 Jun 2015 13:44
                    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5122

                    Actions (For repository staff only : Login required)

                    View Item