Metodologi imam Al-Shafiʽi dalam qawl qadim dan qawl jadid / Mohammad Hafiz Abdul Khodir

Mohammad Hafiz , Abdul Khodir (2012) Metodologi imam Al-Shafiʽi dalam qawl qadim dan qawl jadid / Mohammad Hafiz Abdul Khodir. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (88Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (87Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (313Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (646Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (397Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (200Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (843Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (193Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (77Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (143Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (76Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (235Kb) | Preview
                          [img]
                          Preview
                          PDF
                          Download (74Kb) | Preview
                            [img]
                            Preview
                            PDF
                            Download (31Kb) | Preview
                              [img]
                              Preview
                              PDF
                              Download (102Kb) | Preview
                                [img]
                                Preview
                                PDF (Full Text)
                                Download (177Kb) | Preview

                                  Abstract

                                  Hukum syariat Islam terbina di atas dua sumber utama wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Melalui kedua sumber itu, terhasilnya sumber-sumber hukum yang lain. Berdasarkan sumber-sumber hukum itu pula, terciptanya metodologi-metodologi hukum bagi mengguna pakai dan memahami penggunaan sumber-sumber hukum tersebut. Imam al-Shafiʽi merupakan penyusun pertama ilmu usul fiqh atau kaedah metodologi hukum. Bagaimana pun, Imam al-Shafiʽi juga terkenal dalam madhhabnya dengan dua qawl, iaitu qawl qadimnya di Iraq dan qawl jadidnya di Mesir. Namun tidak kesemua qawl qadim al-Shafiʽi itu mengalami perubahan hukum. Tetapi secara pasti, setiap qawl al-Shafiʽi itu berasaskan kepada metodologi hukumnya tersendiri. Justeru, penulis cuba melakukan analisa terhadap beberapa masalah fiqhiyyah secara perbandingan antara kedua metodologi qawl al-Shafiʽi ini. Bagi mengumpul data-data kajian, metode dokumentasi dan metode kajian perpustakaan telah digunakan sepenuhnya. Maka kajian banyak merujuk kitab rujukan utama fiqh al-Shafiʽi, kitab usul al-fiqh, kitab qawaʽid al-fiqh, kitab sharh al-hadith, kitab al-tarikh (sejarah), artikel-artikel fiqh. Secara umum, kajian ini banyak menggunakan metode komparatif dalam menganalisa dapatan kajian, selain metode induktif dan deduktif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Imam al-Shafiʽi mempunyai metodologi yang berbeza diantara kedua qawlnya dalam berijtihad.Sebagai contoh dalam qawl jadid beliau mengambil kira metode hukum al-masalih al-mursalah, al-istishab, dan sadd al-dharaiʽ sebagai sumber ijtihadnya.Sedangkan qawl qadim lebih berpegang kepada kekuatan zahir al-nas dan al-qiyas semata-mata.Oleh itu, kajian ini memperlihatkan kepentingan penggunaan metodologi hukum dan pendekatan hukum dalam mencorakkan kepelbagaian dan percambahan ijtihad.

                                  Item Type: Thesis (Masters)
                                  Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2012.
                                  Uncontrolled Keywords: Metodologi imam al-shafiʽi
                                  Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
                                  Divisions: Academy of Islamic Studies
                                  Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                                  Date Deposited: 29 Apr 2015 09:46
                                  Last Modified: 29 Apr 2015 09:46
                                  URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5034

                                  Actions (For repository staff only : Login required)

                                  View Item