Mustam, Baniah (2015) Penerapan informal dan formal pendidikan alam sekitar di suatu kawasan tercemar / Baniah bt Mustam. PhD thesis, University of Malaya.
PDF Download (193Kb) | ||
PDF Download (185Kb) | ||
PDF Download (190Kb) | ||
| PDF Download (465Kb) | Preview | |
| PDF Download (1468Kb) | Preview | |
PDF Download (108Kb) | ||
PDF Download (25Kb) | ||
PDF Download (122Kb) | ||
PDF Download (14Mb) | ||
PDF Download (65Kb) | ||
PDF Download (77Kb) | ||
PDF Download (73Kb) | ||
PDF Download (65Kb) | ||
PDF Download (58Kb) | ||
PDF Download (56Kb) | ||
PDF Download (60Kb) | ||
PDF Download (57Kb) | ||
PDF Download (58Kb) | ||
PDF Download (58Kb) | ||
PDF Download (58Kb) | ||
PDF Download (64Kb) | ||
PDF Download (57Kb) | ||
PDF Download (51Kb) | ||
PDF Download (64Kb) | ||
PDF Download (53Kb) | ||
PDF Download (55Kb) | ||
PDF (Full Text) Download (53Kb) |
Abstract
Masalah alam sekitar kian meruncing walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasinya. Pendidikan merupakan suatu kaedah pembentukan sikap dan tingkah laku yang baik terhadap alam sekitar. Sehubungan dengan ini, kajian ini telah 2 menerokai konsep penerapan Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan pelajar, guru dan ibu bapa. Di samping itu, kajian ini juga menyelidik tentang kaedah penerapan Pendidikan Alam Sekitar secara informal dan formal di rumah dan di sekolah. Permasalahan yang wujud berkaitan dengan penerapan dan model mental pelajar yang terbentuk hasil dari penerapannya turut dikaji. Pengumpulan data adalah melalui pendekatan secara kualitatif iaitu pemerhatian, temu bual dan soal selidik terbuka. Lokasi kajian yang dipilih adalah kawasan yang mengalami kadar pencemaran yang tinggi. Peserta kajian temu bual terdiri daripada enam orang pelajar tingkatan empat, enam orang guru dan enam orang ibu bapa. Sementara peserta kajian soal selidik terbuka pula adalah terdiri daripada enam puluh orang pelajar tingkatan empat, tiga puluh orang guru dan tiga puluh orang ibu bapa. Hasil triangulasi iaitu penggunaan pelbagai sumber data seperti dari pemerhatian, temu bual dan soal selidik terbuka telah digunakan untuk mengenal pasti konsep penerapan Pendidikan Alam Sekitar, kaedah penerapan, permasalahan dan bentuk model mental pelajar tentang alam sekitar. Dapatan utama kajian menunjukkan beberapa istilah atau perkataan telah digunapakai untuk menjelaskan tentang konsep penerapan Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan pelajar. Di antaranya ialah seperti 'diselitkan', 'didedahkan', 'dimasukkan', 'dikaitkan', 'diajarkan' dan 'digabungjalinkan'. Guru-guru pula menggunakan istilah 'ditekankan', 'digabungjalinkan', 'dimasukkan', 'dikaitkan', 'didedahkan' dan 'diselitkan' untuk menjelaskan konsep penerapan Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum. Manakala ibu bapa pula menggunakan perkataan yang lebih mudah seperti 'didedahkan', diajarkan', 'ditanamkan', 'ditekankan' dan 'diselitkan' semasa menerapkan Pendidikan Alam Sekitar secara informal di rumah. Kaedah penerapan Pendidikan Alam Sekitar secara informal di rumah diterapkan melalui tiga kaedah iaitu pendidikan melalui kaedah komunikasi secara lisan, pendidikan 3 melalui perbuatan atau tingkah laku dan pendidikan melalui penerapan nilai-nilai murni. Di sekolah pula, kaedah penerapan Pendidikan Alam Sekitar secara formal diterapkan melalui kaedah penerangan, perbincangan, tunjuk cara, soal jawab, eksperimen, simulasi dan main peranan. Manakala kaedah Pendidikan Alam Sekitar secara informal di sekolah diterapkan melalui aktiviti perkhemahan, gotong-royong, kempen alam sekitar, pertandingan-pertandingan, lawatan, aktiviti luar bilik darjah dan aktiviti kitar semula. Beberapa masalah turut dikenal pasti semasa melaksanakan proses penerapan Pendidikan Alam Sekitar. Dalam penerapan Pendidikan Alam Sekitar secara informal di rumah, kekurangan pengetahuan dan kemahiran, kekangan masa, kurang kemudahan dan kurang kesedaran menjadi masalah utama penerapan. Masalah Penerapan Pendidikan Alam Sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah pula meliputi sikap pelajar, faktor masa, kurang faham istilah, kurang ditekankan, terikat dengan silibus, kurang kandungan dalam silibus dan kekurangan sumber pendidikan. Manakala masalah penerapan Pendidikan Alam Sekitar dalam aktiviti kokurikulum pula adalah termasuk kurang penekanan, tidak berkaitan, faktor masa dan kekurangan kos. Kesan dari penerapan Pendidikan Alam Sekitar yang dikaji ini telah mendedahkan beberapa model mental terbentuk dalam minda peserta kajian pelajar yang telah dikategorikan sebagai Alam Semula Jadi, Masalah Alam Sekitar, Interaksi Manusia dengan Alam, dan Penyelesaian Masalah Alam Sekitar. Seterusnya beberapa implikasi dan cadangan kajian lanjutan telah disyorkan untuk tujuan penambahbaikan.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Additional Information: | Thesis (Ph.D.) – Faculty of Education, University of Malaya, 2015. |
Uncontrolled Keywords: | Environmental education; Education system; Malaysia |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum L Education > LC Special aspects of education |
Divisions: | Faculty of Education |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 28 Oct 2016 13:09 |
Last Modified: | 28 Oct 2016 13:09 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6560 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |