Rusliani, Hansen (2013) Diskriminasi harga makanan sebagai strategi perniagaan dari perspektif Islam : kajian di Kafeteria Kelab FRIM (Forest Research Institute Malaysia) Kepong / Hansen Rusliani. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Diskriminasi harga adalah manifestasi kuasa monopoli dari suatu firma. Diskriminasi harga terbahagi menjadi tiga, diskriminasi harga darjah pertama, darjah kedua dan darjah ketiga. Kaedah yang digunakan iaitu kaedah pengumpulan data yang terbahagi dalam dua bahagian iaitu sekunder dan primer. Penulis menggunakan data primer untuk membincangkan secara langsung ke atas tajuk yang dipilih dengan melawat tempat kajian iaitu FRIM. Untuk melengkapkan data-data yang kurang, penulis menggunakan data-data sekunder iaitu mengumpulkan data-data dari perpustakaan, mengumpulkan bahan-bahan rujukan dokumentasi yang berkait dengan tajuk, mengumpul maklumat bahan bercetak seperti buku-buku, risalah-risalah, kertas kerja, jurnal-jurnal dan akhbar. Kaedah temubual pun digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat tentang diskriminasi harga yang dilakukan di Kafetaria Kelab FRIM. Penulis pun menggunakan kaedah analisis data secara induktif dan deduktif. Hasil yang diperolehi, ternyata diskriminasi harga yang terdapat dalam Kafetaria Kelab FRIM hanya 2 sahaja dari pada 3 diskriminasi harga yang ada dalam teori.
Actions (For repository staff only : Login required)