Kajian perlaksanaan literasi maklumat dalam kerja kursus sekolah menggunakan kaedah sistem lembut / Roslina binti Suratnu

Suratnu, Roslina (2015) Kajian perlaksanaan literasi maklumat dalam kerja kursus sekolah menggunakan kaedah sistem lembut / Roslina binti Suratnu. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (4Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (5Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (125Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (81Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (81Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (162Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (96Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (87Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (81Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (86Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (82Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (1782Kb) | Preview
                          [img]
                          Preview
                          PDF
                          Download (339Kb) | Preview
                            [img]
                            Preview
                            PDF
                            Download (118Kb) | Preview
                              [img]
                              Preview
                              PDF
                              Download (135Kb) | Preview
                                [img]
                                Preview
                                PDF
                                Download (139Kb) | Preview
                                  [img]
                                  Preview
                                  PDF
                                  Download (78Kb) | Preview
                                    [img]
                                    Preview
                                    PDF
                                    Download (59Kb) | Preview
                                      [img]
                                      Preview
                                      PDF
                                      Download (98Kb) | Preview
                                        [img]
                                        Preview
                                        PDF
                                        Download (405Kb) | Preview
                                          [img]
                                          Preview
                                          PDF
                                          Download (146Kb) | Preview
                                            [img]
                                            Preview
                                            PDF
                                            Download (9Mb) | Preview
                                              [img]
                                              Preview
                                              PDF
                                              Download (521Kb) | Preview
                                                [img]
                                                Preview
                                                PDF
                                                Download (291Kb) | Preview
                                                  [img]
                                                  Preview
                                                  PDF
                                                  Download (155Kb) | Preview
                                                    [img]
                                                    Preview
                                                    PDF
                                                    Download (87Kb) | Preview
                                                      [img]
                                                      Preview
                                                      PDF
                                                      Download (325Kb) | Preview
                                                        [img]
                                                        Preview
                                                        PDF
                                                        Download (428Kb) | Preview
                                                          [img]
                                                          Preview
                                                          PDF
                                                          Download (253Kb) | Preview
                                                            [img]
                                                            Preview
                                                            PDF
                                                            Download (197Kb) | Preview
                                                              [img]
                                                              Preview
                                                              PDF (Full Text)
                                                              Download (458Kb) | Preview

                                                                Abstract

                                                                Literasi maklumat (LM) adalah keupayaan individu untuk mengenalpasti keperluan maklumat, mencari, mengesan, memilih, menilai, mengurus, menyusun, menganalisa, mengolah, mengulas, mengguna, mempersembah dan mengaplikasikan maklumat secara beretika. Kajian lalu di Malaysia mendapati bahawa tahap LM guru dan pelajar adalah sederhana dan masing-masing cuma menganggap LM adalah kemahiran maklumat semata-mata. Disebabkan ciri-ciri LM mudah dilihat melalui penghasilan KKS, maka kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti sejauhmana ciri-ciri LM diterapkan dalam penghasilan KKS pelajar. Objektif kajian adalah untuk a) membangunkan kerangka literasi maklumat penyelidik (KLMP) yang boleh digunakan sebagai penanda aras tahap LM pelajar berdasarkan piawaian-piawaian antarabangsa; b) meninjau tahap LM pelajar dengan memetakan amalan-amalan LM mereka dalam penghasilan kerja kursus sekolah (KKS) berdasarkan KLMP yang dibangunkan; c) membangunkan modul panduan pembelajaran kendiri literasi maklumat (MPPKLM) berdasarkan keperluan amalan LM pelajar dalam penghasilan KKS; dan d) mengenalpasti kesesuaian MPPKLM dalam penghasilan KKS yang menyepadukan kemahiran LM. Pendekatan Kaedah Sistem Lembut (Soft System Methodology, SSM) telah digunakan bagi membantu menyenarai dan menjelaskan permasalahan kajian daripada perspektif pelbagai pihak yang berkepentingan (stakeholders). Melalui SSM, satu kaedah penyelesaian untuk mengubah proses sedia ada dicadang, dibanding dan dilaksanakan bagi melihat perubahan. Penilaian semula dilaksanakan selepas pelajar menggunakan MPPKLM untuk menentukan kesesuaiannya. Kaedah campuran pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif telah diguna dengan melibatkan rekabentuk kajian kes di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP). Seramai 193 orang pelajar daripada tingkatan 2 dan 3 telah dijadikan sampel kajian. Satu set soal selidik mengandungi 23 soalan telah dibina berdasarkan ciri-ciri yang digaris oleh LM antarabangsa. Analisis kandungan laporan kerja kursus Kajian Sejarah Tempatan (KST) pelajar tingkatan 3 dan analisis dokumen skima pemarkahan KST berpandukan kerangka literasi maklumat penyelidik (KLMP) turut diguna bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian. KLMP merupakan adaptasi daripada piawaian LM AASL (American Association of School Librarians 1998) dan ANZILL (Australian and New Zealand Institute of Information Literacy,2004) diguna sebagai penanda aras tahap LM pelajar. Hasil analisis data mendapati tahap literasi maklumat pelajar dalam menghasilkan KKS masih di tahap sederhana, KKS pelajar kurang mempamerkan tahap literasi maklumat yang sepatutnya malah skima pemarkahan KKS kurang membantu pelajar menghasilkan KKS yang bercirikan LM. Justeru itu, keperluan kepada pembinaan satu modul panduan pembelajaran kendiri literasi maklumat (MPPKLM) menghasilkan KKS bercirikan LM telah dikenalpasti. Penggunaan MPPKLM seterusnya dilaksana dan dinilai bagi menentukan kesesuaiannya. Melalui analisis borang penilaian MPK dan laporan KKS pelajar kajian, didapati bahawa MPPKLM mampu membantu pelajar meningkatkan ciri-ciri LM dalam penghasilan KKS. Walau bagaimanapun, MPPKLM perlu diperbaiki agar dapat melepasi tahap LM yang sepatutnya. Kajian ini telah menyumbang kepada; a) penggunaan SSM dalam mengkaji perlaksanaan LM dalam KKS; b) penghuraian masalah dari pelbagai pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam gambaran terperinci; c) penggunaan MPPKLM sebagai satu kaedah melaksanakan kerja kursus Kajian Sejarah Tempatan (KST) di sekolah berasrama penuh (SBP); dan d) penghasilan KLMP yang boleh digunapakai sebagai penanda aras tahap LM pelajar. Kajian ini terbatas kepada kelompok pelajar SBP sahaja dan dapatan tidak boleh diandaikan boleh digunapakai di sekolah menengah harian biasa.

                                                                Item Type: Thesis (PhD)
                                                                Additional Information: Thesis (Ph.D.) -- Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya, 2012
                                                                Uncontrolled Keywords: Information literacy--Malaysia; Information literacy--Study and teaching (Secondary)--Malaysia--Methodology; Information literacy--Malaysia--Ability testing
                                                                Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
                                                                Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
                                                                Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                                                                Date Deposited: 09 Sep 2015 17:43
                                                                Last Modified: 09 Sep 2015 17:43
                                                                URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5836

                                                                Actions (For repository staff only : Login required)

                                                                View Item